Pertikaian tentang hak harta pusaka - anak tiri enggan bekerjasama

Posted on
Share this article   

Oleh Norisah Ibrahim

Perebutan pusaka berlaku di semua lapisan masyarakat, di mana pertikaian pusaka ini terjadi apabila sifat tamak datang menguasai diri. Ini membuatkan seseorang menjadi lalai dan menidakkan waris yang berhak daripada menerima harta pusaka tersebut.

“Kisah ini dikongsi oleh Wani kepada saya tentang perihal pusaka ibu saudaranya yang tidak dapat diselesaikan akibat dari keengganan anak-anak tiri untuk bekerjasama dalam menguruskan harta pusaka si mati,” kata As Salihin Trustee Bhd perancang harta pusaka Islam Norisah Ibrahim.

Menurut Norisah, ibu saudara Wani yang lebih ramah dikenali sebagai Mak Ngah telah meninggal dunia sejak tiga tahun yang lepas dan meninggalkan harta seperti rumah, duit simpanan, barang-barang kemas dan juga sebuah kereta. Beliau meninggalkan waris iaitu suami, adik-beradik serta seorang anak angkat.

Hal demikian dibangkitkan tiga tahun selepas peninggalan Mak Ngah kerana pada ketika itu suaminya masih hidup. Akibat kesihatan, keadaan pada masa itu tidak mengizinkan pihak Wani untuk berbicara tentang harta arwah. Mereka juga bimbang dikatakan mahu campur tangan dalam urusan tersebut, maka perkara itu didiamkan sahaja.

Adik-beradik arwah Mak Ngah bersetuju dan membenarkan suami arwah tinggal di rumah peninggalan. Maka tinggallah suami bersama dengan tiga orang anak tiri arwah menghuni rumah tersebut.

Namun pada tahun lepas, pihak Wani mendapat berita bahawa suami Mak Ngah sudah meninggal dunia, tetapi perkara tersebut tidak dimaklumkan oleh anak-anak tiri arwah. Anak angkat Mak Ngah pula telah menghilangkan diri selepas beliau meninggal dunia.

Tanda-tanda perebutan pusaka arwah semakin menjadi-jadi apabila anak-anak tiri tidak mahu bekerjasama dan enggan menyerahkan semua dokumen asal pusaka Mak Ngah.

Menurut Norisah, dia telah menasihati Wani untuk mempercepatkan segala urusan bahagian peninggalan arwah semasa adik-beradiknya masih ada lagi. “Jika adik-beradik arwah meninggal dunia kelak, urusan tersebut akan bertambah sukar kerana waris-waris faraid akan bertambah dan berkemungkinan waris-waris yang seterusnya enggan bekerjasama,” katanya.

“Ini di antara kisah perebutan harta pusaka yang sering kita dengar dan perebutan ini tidak hanya melibatkan harta yang banyak tetapi harta sedikit pun menjadi isu perebutan keluarga atau bukan keluarga,” kata Norisah.

Kesimpulan daripada kajian kes

Perasaan tamak kadang-kala menguasai diri seseorang dan dia merasakan orang lain tidak berhak ke atas pusaka si mati. Individu tersebut percaya bahawa dirinya sendiri yang berhak kerana mungkin dahulu banyak berkorban masa dan tenaga menjaga si mati ketika sakit serta keperluannya semasa hidup. Hal ini boleh mencetuskan pertikaian dan akhirnya berlanjutan tanpa kesudahan.

Apabila kematian berlaku, kita harus tahu siapakah waris-waris si mati. Siapakah yang benar-benar berhak ke atas harta pusaka dan siapa yang boleh mewarisi harta si mati mengikut hukum syarak (faraid).

Sebagai umat Islam, kita memandang remeh tentang keperluan membuat perancangan awal harta Islam. Masih ramai yang kurang memahami dan cetek ilmu perwarisan harta Islam. Ini disebabkan oleh sikap kita yang merasakan pengurusan harta tidak penting.

Selalunya kita beranggapan bahawa waris-waris boleh menguruskan harta yang kita tinggalkan dengan baik, lagipun faraid sudah ditetapkan. Apa yang perlu dirisaukan?

Tetapi kita lupa bahawa apabila kita meninggal dunia, semua harta si mati akan beku dan waris-waris faraid perlu melalui proses pentadbiran sebelum harta boleh diagihkan kepada waris faraid yang berhak.

Kegagalan kita mengurus dan merancang harta Islam dengan baik semasa hidup boleh mengundang kepada pelbagai kesan dari sudut hukum syarak seperti:

  • Memakan harta secara batil

    Sekiranya tidak mengurus dan merancang harta pusaka awal, ianya akan menyebabkan waris-waris berterusan memakan harta yang  bukan hak mereka secara sedar ataupun tidak. Firman Allah SWT “Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memakan harta antara kamu dengan cara batil” (surah an Nisa’4 ayat:29)

  • Memakan hak si mati

    Dalam harta pusaka si mati, di dalam ada hak si mati yang perlu dijelaskan seperti hutang dengan manusia dan Allah SWT.

  • Memakan harta anak yatim

    Jika si mati meninggalkan anak-anak dibawah umur, harta yang ditinggalkan adalah harta anak yatim. Allah melarang keras perbuatan memakan harta anak yatim “Jangan sekali-kali kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang baik sehingga dia mencapai umur yang baligh (Surah al-An’am 6: ayat 152)

Penyelesaian yang boleh diambil oleh umat Islam

1. Umat Islam dituntut untuk mengurus dan membuat perancangan harta semasa hidup melalui penulisan wasiat. Di dalam wasiat tersebut, kita harus melantik pentadbir yang beramanah untuk menguruskan urusan pentadbiran harta, menyelesaikan hutang-piutang, pesanan untuk amal jariah dan pengagihan harta pusaka kepada waris-waris yang kita sayangi.

2. Tidak bertangguh dalam mengurus harta pusaka dan tidak beranggapan harta akan diagih secara otomatik kepada waris. Waris-waris perlu melalui liku-liku dan kesukaran seperti proses pentadbiran, pelantikan wasi yang beramanah, dokumentasi harta pusaka dan lain-lain.

3. Mendalami ilmu perwarisan supaya waris-waris memahami hak mereka mengikut syarak dan ini dapat mengelakkan waris-waris daripada mengambil atau memakan harta yang bukan hak mereka

4. Bermuafakat kerana perbalahan dan pertelagahan diantara waris-waris si mati menyulitkan dan menyukarkan urusan penyelesaian harta pusaka.

Perancangan harta Islam yang dibuat semasa hidup bukan sahaja dapat memudahkan proses pentadbiran yang terpaksa dilalui oleh waris-waris tetapi juga dapat mengelakkan pertelingkahan di antara waris-waris yang merebut harta si mati.

Melalui perancangan harta yang lengkap dan sempurna, kita dapat memastikan harta yang dikumpulkan semasa hidup dapat dibahagikan kepada keluarga tersayang. Segala hutang-piutang dan hasrat kita dapat di jelaskan dan kebajikan anak-anak dibawah umur turut terbela.

 

Norisah Ibrahim

Norisah Ibrahim

About the Contributors

Norisah Ibrahim is a Pakar Perancang Harta Pusaka Islam at As Salihin Trustee Bhd. You can contact her at 019-2249256 or email her at norisaibr.php@gmail.com

 

 

 

Disclaimer

All data and information provided on this site are for informational purposes only. Starproperty.my makes no representations as to the accuracy, correctness, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this site and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis. All users are strongly encouraged to seek professional advice before relying on any data and/or information provided on this site.

Want to contribute articles to StarProperty.my? Email: editor@starproperty.my
Latest News

Stories and news that might pique your interest

21:11 PM
News & Articles
16:11 PM
News & Articles
14:11 PM
News & Articles
13:11 PM
News & Articles
21:11 PM
News & Articles
16:11 PM
News & Articles
14:11 PM
News & Articles
13:11 PM
News & Articles
21:11 PM
News & Articles
16:11 PM
News & Articles
14:11 PM
News & Articles
13:11 PM
News & Articles
21:11 PM
News & Articles
16:11 PM
News & Articles
14:11 PM
News & Articles
13:11 PM
News & Articles
16:08 PM
Home & Living
09:08 AM
Home & Living
11:02 AM
Home & Living
09:08 AM
Home & Living
10:07 AM
Home & Living
12:07 PM
Home & Living
00:11 AM
Featured Dev
00:11 AM
Featured Dev
00:11 AM
Featured Dev
01:10 AM
Featured Dev
00:08 AM
Events
19:05 PM
Events
18:05 PM
Awards 2024
16:05 PM
Events
15:05 PM
Events
00:10 AM
Awards 2024
09:04 AM
News & Articles
16:03 PM
News & Articles
10:02 AM
News & Articles
11:11 AM
News & Articles
11:09 AM
Featured
11:11 AM
Investment
16:06 PM
Investment
16:06 PM
Featured
15:06 PM
Investment
12:07 PM
潮樓產業
14:07 PM
潮樓產業
10:07 AM
潮樓產業
16:07 PM
潮樓產業
14:07 PM
潮樓產業
12:07 PM
潮樓產業